Saturday 25 June 2016

Teh Hijau mampu kempiskan perut buncit dalam masa seawal 3 hari?

As Salam dan Salam Sejahtera.

Hai Apa Khabar rakan pembaca sekalian. Semoga sihat hendaknya.  Kalau anda baca tajuk post kali ini, mungkin ada yang anggap klise kan. Ya saya tahu, bukan senang nak kempiskan perut buncit dalam masa se awal 3 hari. Kalau ikutkan pun bukan ramai sangat penggemar Teh Hijau dalam kalangan orang Melayu.

Saya ada buat bancian ringkas, tanpa ada hitam putih sebab pada ketika dan mulanya saya teringin nak jual pil Teh Hijau sebagai suplemen tambahan. kemudian apa saya buat, saya minta lah rakan saya yang bertugas sebagai juruwang di salah satu pasaraya untuk membuat bancian.

Saya hanya perlukan statistik kuantiti pembelian Teh Hijau dalam sehari. Hari yang saya pilih adalah hari Ahad. Keputusannya dari 312 pelanggan yang membuat pembayaran dengan beliau, hanya 20 orang sahaja yang membeli produk berasaskan Teh Hijau ini. Dua orang darinya Melayu manakala baki adalah dari Kaum Cina.

Saya berasa hairan atas sebab apa teh hijau ni tak laku dek pasaran sebab kalau di ikutkan khasiatnya banyak. Ya, saya yakin melebihi Black dan White tea. Apa pun nak dipendekkan cerita saya tak jual pun produk berasaskan Teh Hijau ni. Kononnya macam tak ada demand. Lagipun baik consume dengan buat air teh hijau je dari makan pil. Pada hemat saya lah kan.


Ikutkan pun saya baru sahaja amalkan pengambilan teh hijau ni. Waktu malam khususnya saya minum. Itu pun produk teh boh je, sebab murah kan. So far saya rasa lagi best la, badan ringan, kurang migraine, senang buang air kecil – kencing lawas. Cuma rasanya to be frank tak berapa sedap la pada yang baru nak consume teh hijau ni.


Okie briefly pasal teh hijau dan segala manfaat seperti tajuk teh hijau – kempiskan perut buncit yang saya dapat kumpulkan dari Blog-Blog lain.

1. Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan

2. Teh Hijau Dan Jus Limau Nipis Untuk mengempiskan perut, selain menjaga pemakanan dan bersenam secara teratur, Ibu boleh mempercepatkan proses tersebut dengan mengamalkan minum teh hijau. Sejak dahulu lagi, teh hijau disebut sebagai minuman pelangsing kerana memiliki kandungan Catechin yang berupaya meningkatkan pembakaran lemak, sekali pun sewaktu Ibu tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan.

Ibu disarankan meminum teh hijau selepas makan makanan yang berlemak. Kaedah ini sesuai untuk ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu. Selain mengamalkan minum teh hijau, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Amalkanlah minum air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula.

3. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

4. Teh ini berkhasiat menyembuhkan berbagai macam penyakit dan memiliki banyak kandungan zat anti oksidan. Rajin minum teh hijau dapat menurunkan berat badan secara alami dan melangsingkan perut.

Bahan-bahan yang Anda perlukan adalah segelas teh hijau tanpa gula atau segelas air hangat ditambah dengan perasan jeruk nipis. Setelah menambahkan ekstrak jeruk nipis Anda boleh amalkan ramuan ini secara teratur satu kali sehari secara rutin.


5. Menurunkan Berat Badan

Teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi bahan perangsang di dalam teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memberikan tenaga. sekaligus membantu menurunkan berat badan jika diamalkan setiap hari.

Teh ini amat sesuai untuk membakar kalori  dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Teh hijau juga membantu meningkatkan tenaga secara menyeluruh dan juga untuk mengurangkan selera makan. Teh hijau sangat terkenal dalam kalangan orang Jepun, dan ia juga dikatakan dapat membantu kita meredakan tekanan (stress).

Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. Selain itu antioksidan yang terdapat di dalam teh hijau boleh membnatu mencegah kanser dan  juga penyakit jantung.

6. Teh hijau akan membantu proses metabolisme alami tubuh dan membantu membakar lemak yang berkumpul di perut, paha, lengan dan bagian-bagian yang mudah menampung lemak dalam tubuh. Amalan rutin teh hijau per hari untuk membakar hingga 70 kalori dalam satu hari saja dan membantu menurunkan berat badan hingga 7 kg dalam satu tahun. Meskipun sedikit, Anda dapat menggabungkan diet dengan olahraga teratur dan menghindari makanan berlemak.

Okie semua apa yang anda perlu buat sekarang adalah pergi mana-mana pasaraya dan dapatkan Teh Hijau berdekatan.

No comments:

Post a Comment

Pembekal ke Seluruh Malaysia