Sunday 9 April 2017

Petua Atas Masalah Perut Buncit Secara Tradisional

Assalamualaikum… Semua Pembaca…  Admin nak bercerita sedikit mengenai masalah perut buncit yang sering berlaku pada lelaki terutamanya yang sudah berkahwin.

Rata-rata rakyat Malaysia menghadapi masalah ini dan boleh dikatakan 8 dari 10 lelaki mengalami masalah sedemikian dan ia seolah-olah menjadi resam bagi lelaki berkahwin.

Kempiskan Perut Buncit

Kalau pembaca tidak percaya. Cuba perhatikan setiap kali keluar ke pasar raya atau kawasan tumpuan. Cuba lihat adakah telaah Admin ini benar atau sebaliknya. Yang pasti masalah perut buncit ini menjadi perkara normal bagi rakyat Malaysia yang sudah berkahwin.

Admin pun tak pasti mengapa ia berlaku. Adakah lelaki Malaysia kurang jaga badan atau pemakanan selepas berkahwin dengan berpandangan cukup lagi bergaya dan menjadi perut sebab apa yang lebih penting isteri dan anak-anak bahagia.

Mungkin ini adalah pandangan Admin semata-mata, namun masalah perut buncit seakan-akan sinonim dengan lelaki masa kini. Tidak kurang pula yang sanggup berhabis wang semata-mata untuk membeli produk tertentu di pasaran bagi mengatasi masalah ini.

Malah, cuba bayangkan ketika bujang saiz pinggang seluar hanya antara 28 dan 30. Namun selepas 3 hingga 4 tahun berkahwin ia berubah secara drastik kepada saiz seluar 34 hingga 36.

Masalah ini sebenarnya turut dihadapi oleh Admin sewaktu berusia 30-an. Nak kata faktor pemakanan Admin sebenarnya tak pasti sebab rasanya Admin makan seperti biasa. Mungkin masakan isteri Admin sedap mengalahkan gerai yang sering Admin kunjungi sewaktu masih bujang.

Kalau isteri masak, ikan goreng dengan singgang ikan pun sedang, malah walaupun makan telur goreng bersama sambal belacan tanpa kuah, Admin kekal berselera. Penangan air tangan isteri katakan.

Tapi tu semua dulu. Sekarang perut Admin dah slim. Semuanya sebab amalan petua turun temurun dari ayah Admin selain Admin juga amalkan produk Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs. Produk ini memang bagus untuk kempiskan perut. Harganya juga amat berpatutan dan pembaca boleh pilih mana-mana jenis Admin suka panggil ‘tahap kepanasan’ dari pek warna kuning hinggalah pek merah (Super Hot)

Entri kali ini seperti biasa Admin akan kongsikan petua untuk kempiskan perut buncit.. Petua ini tidak terhad kepada lelaki saja tau. Wanita juga boleh mencubanya di rumah.



Petua 1: Limau Nipis, Minyak Kayu Putih dan Kapur Sireh
Mudah saja caranya, perah limau nipis sehingga mendapat jusnya kemudian campurkan dengan minyak kayu putih dan gaulkan dengan kapur sireh. Selepas itu sapukan ramuan campuran tadi pada perut dan balut perut menggunakan kain. Tunggu hingga kering sebelum menyucinya.




Petua 2: Asam Jawa
Petua ini juga senang untuk disediakan dengan hanya mengambil sedikit asam jawa dan bancuh dalam segelas air panas. Cuma petua ini memerlukan anda sabar kerana anda perlu biarkan air asam jawa tadi selama semalaman sebelum meminumnya pada keesokan hari.



Petua 3: Teh Hijau atau Teh Cina, Serbuk Kayu Putih, Madu Lebah
Admin memang gemar meminum teh hijau dan teh cina. Walaupun rasanya kurang enak berbanding teh biasa namun ia memang bagus untuk kesihatan. Petua ini mudah diamalkan. Selepas menikmati makan tengah hari atau malam, anda amalkan meminum teh hijau atau the cina dengan mencampurkan dengan serbuk kayu putih dan madu lebah.






Admin rasa cukup untuk tiga petua ini dan Admin ucapkan selamat mencuba dan bersedia untuk menikmati kesan yang berkesan selepas ini..


ANDA MUNGKIN MINAT BACA (KLIK!) :


1 comment:

  1. What is a Make Money Bet? - Work Tomake Money
    A win-win bet is a type of bet in which the bookmaker sets the number of times the bettor must win in order to receive a return, which is not a win-win หาเงินออนไลน์ bet

    ReplyDelete

Pembekal ke Seluruh Malaysia