Pernahkah
anda terfikir sekiranya lelaki mengatakan tidak kepada seks, mungkin ini
disebabkan kesihatan seksualnya tidak stabil dan corak pemakanannya sangat
mempengaruhi hal ini. Cuba anda periksa senarai di bawah ini, adakah suami anda
mengambilnya?
Buah-buahan
dan Sayuran
Menurut
Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Center, Leslie Bonci,
buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrien yang menjaga arteri daripada
tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.
Tomato
Seorang
saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan
Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan
seksual seseorang lelaki.
Kacang
Asid amino
arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang
terlibat dalam menjana ereksi.
Labu dan
Kuaci
Kedua-dua
ini bagus untuk meningkatkan tahap zink yang merupakan mineral penting untuk
meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron.
Tiram
Makanan laut
ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram
yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual
lelaki.
Pisang
Pisang yang
kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan
mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium. Bukan
itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim
bromelain yang terdapat di dalamnya.
Tongkat Ali
Menurut
penyelidikan oleh FRIM, terbukti tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks
dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada
lelaki yang mengambilnya.
ANDA MUNGKIN MINAT (KLIK!) :
No comments:
Post a Comment