Alam Melayu
tidak asing lagi dengan teknik urutan dan gerakan yang menyihatkan tubuh badan
dan menenangkan urat saraf. Dari kepala hingga ke ibu jari kaki, ada sahaja
ilmu turun temurun yang diwarisi daripada nenek moyang kita.
Teknik-teknik
ini juga menjadi perhatian penyelidik moden untuk melihat sejauh mana
keberkesanannya. Antara yang popular ialah senaman batin. Ramai yang
mengabaikan kesihatan batin, tak kiralah dari segi pemakanan ataupun senaman,
sehingga orang rumah mengeluh kerana suami mereka “kalah awal dalam
pertandingan”.
Oleh itu,
jom kita cuba beberapa senaman nenek moyang kita ini, mana tahu, ia menjadi:
1. Gerakan
pertama
Duduk
bersila dan tegakkan tulang belakang. Letakkan tangan di atas lutut dan
lebarkan dada anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya, tahan selama 7 saat kemudian
hembuskan perlahan-lahan. Ketika menghembus, kempiskan perut anda dan tumpukan
pada dada sahaja. Senaman ini seeloknya dilakukan waktu subuh keran melibatkan
pertukaran udara dalam badan. Ia baik untuk tulang belakang ketika bersetubuh.
2. Gerakan
kedua
Duduk dalam
keadaan tegak dan temukan dua tumit anda serta hampirkan dengan zakar. Tarik
nafas sedalam-dalamnya. Ketika menarik nafas, tekan kedua-dua kepala lutut
dengan tapak tangan kiri dan kanan anda supaya lutut dapat mencecah lantai
setakat termampu. Pada waktu yang sama, kemut otot zakar supaya kepala zakar
kembang. Tahan nafas selama 7 saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan.
Dengan
mengekalkan kedudukan sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan.
Gunakan perut kedua-dua jari tangan anda untuk mencari urat paha di bahagian
paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung paha ke pangkal paha,
akhirkan urutan melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang
zakar. Urutan dilepaskan jika mahu mencecah kepala zakar. Selepas itu lepaskan
nafas.
Senaman ini
bertujuan untuk mengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan
urat-urat tersebut. Gunakan minyak urut supaya tidak kesat.
3. Gerakan
ketiga
Duduk
bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki
kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan
sambil menarik ibu jari kaki anda menghampiri zakar sambil lutut mencecah
lantai. Jika zakar tegang, celahkan kepala zakar di antara kedua tapak kaki.
Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang dan akan
terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara perlahan-lahan
dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Dari kedudukan ini, tarik
kedua-dua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama
ia tetap disatukan. Tarik nafas sedalam secara perlahan-lahan dan rebahkan
tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Kalau mampu,
jejakkan kepala ke lantai. Jika tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan
asal dan hembuskan nafas.
Senaman ini
mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang anda. la dapat membantu
meningkatkan tenaga batin yang lemah.
4. Gerakan
keempat
Duduk
bersila dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas sambil tangan kanan didepakan
separas bahu dengan lurus ke arah depan sambil menarik nafas. Manakala tangan
kiri di angkat separas bahu juga ke arah sisi badan. Lakukan gerakan ini
sebanyak tiga kali sebelum nafas dihembus keluar.
5. Gerakan
kelima
Sama juga,
duduk bersila dan tegakkan belakang. Tekan otot pinggang anda ke arah belakang
dengan tapak tangan sambil menarik nafas. Secara perlahan, urut otot pinggang
hingga ke rusuk dada. Lakukan sambil nafas ditahan. Bawa tangan ke depan dan ke
atas sehingga dapat dilepaskan lurus ke atas kepala. Selepas itu barulah nafas
dihembus.
Senaman ini
membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta rusuk, tengkuk dan leher,
dalam waktu yang sama merangsang pengaliran darah supaya lebih lancar.
6. Gerakan
keenam
tumpukan
tenaga pada urat bahu, leher serta urat paha dan betis. Duduk dengan meluruskan
kaki kanan dan lipatkan kaki kiri. Cuba capai hujung jari kaki kanan anda
dengan meluruskan tangan ke arahnya. Henjutkan secara perlahan-lahan. Lakukan
henjutan sebanyak 7 kali sebelum menukar ke arah yang seterusnya.
7. Gerakan
ketujuh
Kembangkan
jari-jari tangan anda dan susun supaya ibu jari tangan kiri mencecah cuping
telinga kanan, begitu juga Ibu jari tangan kanan pula mencecah jari kelingking
tangan kiri. Tarik nafas, kemudian bengkokkan tubuh ke arah kaki kanan dan
cecahkan jari kelingking kanan itu ke hujung ibu jari kanan. Lakukan sebanyak 7
kali sambil nafas ditahan. Selepas itu lepas nafas secara perlahan-lahan sambil
mengangkat semula kepala ke kedudukan yang mula-mula. Ketika gerakan, pastikan
kaki kanan lurus. Lakukan pula hal yang serupa dengan kaki kiri.
8. Gerakan
kelapan
Baringkan
badan secara meniarap. Luruskan badan anda dan bangunkan separuh badan
iaitu antara bahagian pinggang ke atas
dengan menapakkan kedua belah tapak tangan sampai pinggang dan belakang terasa
tegang. Tarik nafas sewaktu gerakan ini dilakukan, tahan nafas selama 7 saat
sebelum melepaskannya.
9. Gerakan
kesembilan
Duduk
bersila. Arahkan kedua-dua belah tangan ke belakang badan anda. Dalam masa yang
sama, cuba capai kedua-dua jari-jemari tersebut. Selepas itu nafas ditarik
secara perlahan-lahan dan tahan selama 7 saat sebelum menghembusnya keluar,
Lakukan gerakan yang sama pada kedudukan tangan yang berlainan.
10. Gerakan
kesepuluh
Masih sama,
duduk bersila sambil kedua-dua tapak kaki ditemukan. Tarik nafas secara
perlahan-lahan sambil rebahkan badan anda ke hadapan dan meluruskan kedua-dua
belah tangan hingga mencecah lantai. Pastikan anda terasa tegang pada bahagian
belakang dan paha. Tahan nafas selama 7 saat dan kembalikan ke kedudukan
asal sambil nafas dilepaskan secara perlahan-lahan.
11. Gerakan
Kesebelas
Lipat
kedua-dua kaki di bawah punggung. Kemudian rebahkan badan anda sambil kedua
belah tangan diluruskan sehingga terasa tegang di bahagian belakang badan, paha
dan otot betis. Tarik nafas secara perlahan-lahan dan tahannya selama 7 saat
sebelum ia dilepas keluar. Hati-hati dan jaga pinggang anda!
12. Gerakan
kedua belas
Mirip dengan
keadaan kucing ketika mengeliat. Duduk di atas kedua belah kaki dengan
membongkokkan badan anda ke hadapan sambil meluruskan tangan ke hadapan.
Lakukannya hingga terasa regangan pada belakang badan. Kemudian bangun secara
perlahan-lahan dengan mengekalkan kedudukan kaki.
Kedua-dua
belah tapak tangan ditapakkan secara bertentangan, satu mengarah ke dalam badan
dan satu mengarah ke hadapan. Bongkokkan belakang badan dan henjutkannya hingga
paras separuh bangkit beberapa kali secara perlahan-lahan. Nafas ditarik sebaik
gerakan bermula dan dihembuskan sebaik gerakan berakhir.
Anda juga
boleh cuba gerakkan seperti yang dilakonkan oleh Eman Manan dalam video ini:
Sumber: Lelakisihat.com
p/s: kami membekalkan minyak dhab asli. KLIK DISINI untuk info lanjut!
ANDA MUNGKIN MINAT (KLIK!) :
No comments:
Post a Comment