Monday, 7 October 2013

Sejarah & Maklumat pasal Dhab


Dhab adalah sejenis binatang padang pasir, menyerupai biawak tetapi berwarna kekuningan, tetapi saiznya agak besar berbanding biawak biasa. Keistimewaan dhab menurut penulis kitab ini ialah jangka hayat hidupnya boleh mencecah sehingga 700 tahun. Malahan ia mampu hidup dalam persekitaran panas dan boleh menahan daripada meminum air.

Haiwan ini juga dikatakan kencing selama 40 tahun sekali. Malahan giginya tidak gugur sebagaimana manusia yang bersilih ganti gigi susu kepada gigi kekal.

Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik tebal. Dhab adalah vegetarian. Ia menghabiskan banyak masanya dalam lubang yang digalinya menyembunyikan dirinya atau di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung pada musim dingin untuk mengawan. Kebiasaannya dhab akan berkeliaran pada musim panas sahaja. Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.

Dhab amat dikenali masyarakat badwi arab yang mendiami padang pasir dan lereng-lereng gunung. Dipercayai salah seekor dari 3 haiwan yang ditakdirkan allah swt membantu rasulullah saw ketika melarikan diri dari kaum quraisy(menghilangkan kesan tapak kaki ke gua).


Biawak ini halal dimakan oleh orang islam berdasarkan hadith di bawah. Minyak ini 100% halal tiada campuran binatang 2 alam seperti lintah dan belacak. Gunalah yang halal untuk tujuan perubatan.

No comments:

Post a Comment

Pembekal ke Seluruh Malaysia