Wednesday, 1 June 2016

13 Tip Macam Mana Nak Memujuk Lelaki Merajuk?

Bagaimana nak pujuk lelaki yang merajuk?

Dalam perhubungan cinta, pasti terdapat sedikit perselisihan faham.

Kebiasaannya wanita yang selalu merajuk dengan lelaki.

Namun begitu, bagaimana jika si lelaki pula yang merajuk?

Apakah cara memujuk yang boleh diguna?

Nah,  jom baca.

Di sini kupasan dan pendapat dari ramai.



1. Berikan Masa Dan Ruang

Hal ini demikian kerana, kedua dua pihak masih berada dalam keadaan marah dan ego.

Oleh sebab itu, masa dan ruang diperlukan untuk berfikir sedalamnya mengenai punca masalah serta penyelesaian yang betul.

Apabila masing-masing sudah bersendirian, secara automatik kesedaran bertambah untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.



2. Masakkan Makanan Kegemarannya

Ya, benar kata orang, untuk pikat hati seorang lelaki atau suami, jagalah perutnya.

Jaga perut bererti, jaga makan minumnya dengan menu kegemarannya.

Jika perut sudah kenyang dengan makanan dari insan tersayang, pastilah hati terasa tenang.

Tambahan pula makanan tersebut dimasak dengan penuh keikhlasan dan enak.

Usaha wanita tersebut dipandang tinggi oleh seorang lelaki dan amarahnya akan berkurang melihat kesungguhan wanita tersebut terutama jika wanita itu sebenarnnya tidak tahu banyak mengenai perihal masakan.

Walaupun tidak tahu, si dia mencuba demi memujuk sang lelaki.

Sudah tentu hatinya dijentik terharu.



3. Gunakan Media Sosial

Dunia semakin canggih dengan teknologi.

Aplikasi seperti ‘instagram’ , ‘facebook’ , ‘whatsapp’ dan sebagainya boleh dijadikan sebagai agen memujuk.

Antara perkara yang boleh dilakukan dengan aplikasi ini seperti memuat naik status, berserta gambar kalian berdua , video lucu, atau kata-kata nasihat dan cinta.

Kemudian ‘tag’ atau taip nama insan yang dipujuk itu pada status dan gambar tersebut.

Namun begitu, jangan pula sebarkan keburukannya atau terlalu melebih dalam pemilihan gambar yang ingin dimuatnaik.

Hal ini bagi mengelakkan orang luar menyampah dengan adegan kalian berdua.

Selain itu, jika ingin secara personal, boleh lah gunakan aplikasi whatsap untuk memujuk seperti menghantar ‘emoji’ cinta atau mohon maaf dan sama seperti di aplikasi lain, berikan video atau gambar lucu.



4. Berikan Kad Atau Surat Cinta

Ini antara kaedah manual yang sangat comel dan sedang ditelan zaman.

Sebenarnya, kedua-duanya mempunyai aura yang hebat.

Luahkanlah kemaafan dan kerinduan anda pada sang lelaki itu di dalam surat mahupun kad.

Lebih elok jika kad itu ditampal gambar kalian berdua sewaktu awal perkenalan atau saat-saat manis.

Jika lelaki itu berjiwa lembut atau seni, dia akan menyukai hasil usaha kekasihnya.

Dia menjiwai setiap bait dalam ayat luahan hati si wanita tersebut.



5. Hubungi Seperti Biasa Dan Pura-pura Tidak Tahu

Cubalah telefon dia dan berbual macam biasa seperti ‘ hai sayang, buat apa tu.… rindulah ‘.

Ya, pura-pura tak sedar masalah yang melanda.

Hubungi si lelaki pada waktu-waktu lapangnya atau sebelum tidur.

Pasti lelaki tersebut merasa hairan kerana anda hubunginya sewaktu perselisihan dan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Ini memudahkan dia untuk kembali meluahkan rasa hatinya dan berbincang secara rasional.

Ingat, jangan mendesak tapi mendengar.



6. Berikan Ciuman Dan Pelukan

Cara ini sememangnya paling manis dalam perhubungan.

Kerana dua perkara tersebut dapat membuat si lelaki tersenyum kembali.

Siapa saja yang menolak jika dicium atau dipeluk kekasih hati?

Namun begitu, hal ini memfokuskan kepada pasangan yang sudah bernikah.

Bagi yang belum, anda boleh berikan ciuman di dalam mesej saja.

Atau berikan bekas gincu daripada mulut anda kepada si dia.



7. Rancang Kejutan

Membuat kejutan memerlukan perancangan awal dengan teliti.

Anda boleh pura-pura sakit.

Kawannya memberitahu kepada si dia.

Lalu dia bergegas kerana risau, maka anda cepat-cepat sediakan sesuatu sebagai kejutan.

Kejutan seperti belikan kek, atau makanan kesukaannya.

Bila dia datang, rupa-rupanya anda selamat.

Boleh jugak buat parti hari lahir secara mengejut.

Ada dua kemungkinan tapi anda haruslah bijak mengawal keadaan tersebut selepas kejutan.



8. Berikan Hadiah

Hadiah yang dapat diberi seperti aksesori kegemarannya, sama ada aksesori kereta, baju, atau apa sahaja yang dapat menggembirakannya.

Namun begitu, haruslah mengikut keperluan bajet masing-masing, ya.

Walaupun coklat, tetap usaha memujuk.

10 Barang Yang Tidak Wajib Tapi Harus Di Beli Semasa Bercuti Di Selangor >>



9. Berikan Kata-kata Manis Dan Sokongan

Manis bukan semestinya jiwang tapi cukup dengan bergurau senda, atau usik si dia dengan panggilan manja yang hanya kalian saja tahu.

Sekiranya dia berada di restoran untuk makan, cubalah duduk sekali makan bersama walaupun hanya diam menjadi saksi.

Itu membuktikan anda setia bersamanya walau macam mana pun egonya.



10. Mengalah Dan Meminta Maaf

Ini seharusnya dilakukan pada awal kejadian tapi disebabkan ego memasing, sudah tentu ucapan maaf tu lambat diucapkan.

Mungkin sekadar taip di dalam mesej atau ‘whatsapp ‘ sahaja kerana malu memulakannya tapi ini adalah penting dalam tembok perhubungan.

Mengalah bukan bererti kalah.

Meminta maaf untuk memperbetul kembali keadaan.



11. Berbincang Dari Hati Ke Hati

Hal ini penting kerana melibatkan bahagian hati yang paling dalam.

Sewaktu perbincangan, harus ada jujur untuk mengelakkan pergaduhan.

Saling berterus terang tentang masalah masing-masing dan mengakui kesilapan diri.

Katakan ‘sayang’ pada hubungan yang terbina.

Dan sentiasa beringat untuk menasihati dangan berhemah.



12. Menangis

Benar.

Air mata wanita adalah sesuatu yang mensyahdukan.

Cubalah meminta maaf sambil mengeluarkan air mata dan hingus.

Pasti dicop sebgai ‘dramatik’ .

Tapi inilah yang dapat melembutkan hati si lelaki.

Mereka pasti berlembut hati melihat air mata insan tersayang bernama wanita.

Wajah sugul yang dipamerkan akan membuka hatinya untuk memaafkan kekasih hatinya.



13. Merajuk Bersama

Baiklah, sekiranya semua cara di atas tidak Berjaya, cubalah merajuk juga.

Jangan hantar mesej atau telefon.

Berdiam diri sehingga si lelaki yang mulakan.

Namun , dalam hubungan suami isteri, merajuk tak digalakkan lama-lama , seeloknya sebelum tidur sudah meminta maaf dan dimaafkan manakala yang masih bujang, merajuklah tetapi jika terlalu lama, takut-takut si dia menjadi bosan dan mula memasang lain.

Itu sahaja coretan berkenaan memujuk lelaki merajuk.

Apa yang paling utama, setelah berusaha, sentiasalah berdoa dipermudah urusan dan semoga hubungan berbahagia sampai akhirnya.

No comments:

Post a Comment

Pembekal ke Seluruh Malaysia