As Salam dan
Salam Sejahtera.
Hai Apa
Khabar rakan pembaca sekalian. Semoga sihat hendaknya. Kalau anda baca tajuk post kali ini, mungkin
ada yang anggap klise kan. Ya saya tahu, bukan senang nak kempiskan perut
buncit dalam masa se awal 3 hari. Kalau ikutkan pun bukan ramai sangat
penggemar Teh Hijau dalam kalangan orang Melayu.
Saya ada
buat bancian ringkas, tanpa ada hitam putih sebab pada ketika dan mulanya saya
teringin nak jual pil Teh Hijau sebagai suplemen tambahan. kemudian apa saya
buat, saya minta lah rakan saya yang bertugas sebagai juruwang di salah satu
pasaraya untuk membuat bancian.
Saya hanya
perlukan statistik kuantiti pembelian Teh Hijau dalam sehari. Hari yang saya
pilih adalah hari Ahad. Keputusannya dari 312 pelanggan yang membuat pembayaran
dengan beliau, hanya 20 orang sahaja yang membeli produk berasaskan Teh Hijau
ini. Dua orang darinya Melayu manakala baki adalah dari Kaum Cina.
Saya berasa
hairan atas sebab apa teh hijau ni tak laku dek pasaran sebab kalau di ikutkan
khasiatnya banyak. Ya, saya yakin melebihi Black dan White tea. Apa pun nak
dipendekkan cerita saya tak jual pun produk berasaskan Teh Hijau ni. Kononnya
macam tak ada demand. Lagipun baik consume dengan buat air teh hijau je dari
makan pil. Pada hemat saya lah kan.
Ikutkan pun
saya baru sahaja amalkan pengambilan teh hijau ni. Waktu malam khususnya saya
minum. Itu pun produk teh boh je, sebab murah kan. So far saya rasa lagi best
la, badan ringan, kurang migraine, senang buang air kecil – kencing lawas. Cuma
rasanya to be frank tak berapa sedap la pada yang baru nak consume teh hijau
ni.
Okie briefly
pasal teh hijau dan segala manfaat seperti tajuk teh hijau – kempiskan perut
buncit yang saya dapat kumpulkan dari Blog-Blog lain.
1.
Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali
lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan
oksidan
2. Teh Hijau
Dan Jus Limau Nipis Untuk mengempiskan perut, selain menjaga pemakanan dan
bersenam secara teratur, Ibu boleh mempercepatkan proses tersebut dengan
mengamalkan minum teh hijau. Sejak dahulu lagi, teh hijau disebut sebagai
minuman pelangsing kerana memiliki kandungan Catechin yang berupaya
meningkatkan pembakaran lemak, sekali pun sewaktu Ibu tidak bergerak. Catechin
adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat
sebagai antioksidan.
Ibu
disarankan meminum teh hijau selepas makan makanan yang berlemak. Kaedah ini
sesuai untuk ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu. Selain mengamalkan
minum teh hijau, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di
dalam tubuh. Amalkanlah minum air limau nipis atau jus oren segar
sebaik-baiknya tanpa gula.
3. Selepas
makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis
dan Madu
4. Teh ini
berkhasiat menyembuhkan berbagai macam penyakit dan memiliki banyak kandungan
zat anti oksidan. Rajin minum teh hijau dapat menurunkan berat badan secara
alami dan melangsingkan perut.
Bahan-bahan
yang Anda perlukan adalah segelas teh hijau tanpa gula atau segelas air hangat
ditambah dengan perasan jeruk nipis. Setelah menambahkan ekstrak jeruk nipis
Anda boleh amalkan ramuan ini secara teratur satu kali sehari secara rutin.
5.
Menurunkan Berat Badan
Teh hijau
mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri
dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of
Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh
hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
Menurut
Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi bahan perangsang di dalam teh
hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme dan memberikan tenaga. sekaligus
membantu menurunkan berat badan jika diamalkan setiap hari.
Teh ini amat
sesuai untuk membakar kalori dengan
menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Teh hijau juga membantu
meningkatkan tenaga secara menyeluruh dan juga untuk mengurangkan selera makan.
Teh hijau sangat terkenal dalam kalangan orang Jepun, dan ia juga dikatakan
dapat membantu kita meredakan tekanan (stress).
Satu
penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat
kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu
meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. Selain itu antioksidan
yang terdapat di dalam teh hijau boleh membnatu mencegah kanser dan juga penyakit jantung.
6. Teh hijau
akan membantu proses metabolisme alami tubuh dan membantu membakar lemak yang
berkumpul di perut, paha, lengan dan bagian-bagian yang mudah menampung lemak
dalam tubuh. Amalan rutin teh hijau per hari untuk membakar hingga 70 kalori
dalam satu hari saja dan membantu menurunkan berat badan hingga 7 kg dalam satu
tahun. Meskipun sedikit, Anda dapat menggabungkan diet dengan olahraga teratur
dan menghindari makanan berlemak.
Okie semua
apa yang anda perlu buat sekarang adalah pergi mana-mana pasaraya dan dapatkan
Teh Hijau berdekatan.
ANDA MUNGKIN MINAT (KLIK!) :
No comments:
Post a Comment