Sedar atau tidak, kadar
'cerai' di negara kita sekarang ni semakin meningkat. Apakah
puncanya? Penceraian adalah jalan penyelesaian masalah rumah tangga yang
tidak digalakkan dalam Islam, tapi ianya dibenarkan. Cuba tengok laporani
ini...
Sumber: Klik di Sini!
Sumber: Klik di Sini!
Statistik kes penceraian di negara kita boleh dikatakan agak
kritikal. Pernah tak kita risau pasal perkara ini?
Antara masalah yang paling biasa dan kerap berlaku dalam
perkahwinanialah masalah kewangan, tidak mempunyai masa bersama yang cukup
antara satusama lain, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dalam membesarkan
anak danjuga masalah pasangan kurang romantik.
Apabila anda mengambil nasihat yang disenaraikan di bawah, anda
akanmempelajari beberapa tips dan teknik mudah untuk menyelesaikan
masalah-masalahperkahwinan yang kerap berlaku ketika ini.
1. Elakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil
Tidak kira apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianyapenting
untuk anda membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yangcukup
bertolak-ansur dan saling memahami.
Perselisihan pendapat dalam apa-apa hubungan dan hubungan pasti
akanterjadi. Namun, perselisihan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang
terkawal.Anda tidak perlu terlalu bersikap pentingkan diri sendiri atau
terlalumempertahankan diri anda.
Jangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan
anda.Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya
isu-isulama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu mengkritik pasangan
anda samasekali.
Perselisihan dan perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk
perkahwinansebagai asam garam kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam
keadaan yangtidak adil dan mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan
buruk danfikiran negatif terhadap pasangan anda.
Apabila anda berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara
pasanganakan lebih terbuka dan masing-masing akan sedar akan kesilapan atau
kesalahanyang dilakukan, dan seterusnya dapat mencari penyelesaian bersama.
2. Sentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu
Bila-bila masa anda berhujah atau berselisih faham dengan
pasangananda, anda harus cuba untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan
masalahtersebut.
Berbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan
masalahlampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang.
Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah
tersebut danamalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.
3. Jangan Mungkir Janji
Janji yang terungkap di bibir selalunya indah-indah dan manis-manisbelaka,
tapi apabila tiba masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, andagagal untuk
melakukannya!
Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dan jika
tidakditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinananda.
Jadi, penting untuk kita tepati janji walaupun janji
tersebutsekecil-kecil janji seperti berjanji ingin keluar makan bersama. Perlu
diingatbahawa janji-janji kecil yang tidak ditepati juga boleh
mengakibatkankemusnahan hubungan anda.
Salah satu kaedah yang sangat berjaya dalam menyelesaikan
masalah biasadalam perkahwinan adalah dengan mengatur ‘dating’ semula dengan
pasangan andaseolah-olah pertemuan pertama dahulu.
Teknik ini akan mengimbas kembali kenangan anda ketika anda
mula-mulajatuh cinta. Anda akan ingat bagaimana rasanya untuk bersama-sama
apabila andapertama kali bertemu dan anda selalu bercakap tentang kegembiraan
anda bersamapasangan.
Bercakaplah tentang kehidupan bersama pasangan anda. Luahkan
segalaperasaan anda terhadapnya. Amalan sebegini pasti akan memberi perbezaan
yangbesar dalam perjalanan perkahwinan anda, menuju bahagia yang abadi. :)
LIKE untuk info bermanfaat: https://www.facebook.com/dhabmekah
ANDA MUNGKIN MINAT (KLIK!) :
No comments:
Post a Comment