Berikut
adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya
dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang
memang sentiasa mahukan perhatian.
Ramai lelaki
menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara
besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki
melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat
padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa
dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
Anda juga
akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati
anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna
dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
Petua ini
khas untuk suami isteri atau bakal mendirikan rumahtangga :
1. Bila saja
anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan
peluklah dia.
2. Tanya
kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia
rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah
diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi
diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan
padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah
jam setiap hari.
6. Bawakan
kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada
tarikh atau perayaan yang bermakna.
7.
Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu
hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada
suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri
anda untuk memasak pula.
9. Selalulah
memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
11. Tawarkan
bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12.
Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat
persediaan.
13.
Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia
tentang hal itu.
14. Bila dia
mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau
tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa
perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan
kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat
merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula
kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila
anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan
pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17.
Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah
dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak
menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila
cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh
anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada
masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang
sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21. Pastikan
bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan
bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila
anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan
lupa pula membelinya.
23. Beritahu
padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia
lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan
isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang
terluang.
25. Telefon
dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang
menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan
'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu
dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan
pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29.
Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah.
Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
31. Basuhkan
kereta yang dipakainya.
32.
Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia
suka.
33. Bila dia
merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda
tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34.
Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan
tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah
bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda
pada benda lain, atau melihat jam.
37.
Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila
anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil
tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia
memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan
beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana
hendak makan.
41. Luangkan
masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana
tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan
masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba
memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan
perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di
khalayak ramai.
45. Jadikan
dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan
bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai
contoh kepada mereka.
46. Belikan
dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan
untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan
corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit
kemudiannya.
48. Ambillah
gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan
kenangan.
49. Luangkan
masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia
tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan
gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah
anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu
laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda
boleh laju.
52.
Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda
ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih'
dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan
sebaliknya.
53. Bila
anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia
tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat
bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan
dia dengan puisi atau nota cinta.
56.
Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan
diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi
jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan
dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu
yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan
dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan
dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan
bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan
pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan
untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan
yang hendak dibawa di kereta.
62. Bila dia
memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda
mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat
dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan
tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64.
Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca,
dan pada orang lain yang dia hubungi.
65.
Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan
dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar
rumah.
67. Ketawalah
pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan
terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69.
Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70.
Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat
apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat,
tapi jangan berat sebelah.
71. Bila
anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan
untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta
pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai
lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan
perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita
ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan
anda ambil berat padanya.
75. Dengan
cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia
akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
Like page: https://www.facebook.com/dhabmekah
ANDA MUNGKIN MINAT (KLIK!) :
No comments:
Post a Comment